Detail Rekod
Text
Bersyukur saat diuji
Inikah ujian?
Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,
“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, “Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.”
Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.
Ketersediaan
230128 | BP189.6 .M844 2021 | My Library | Tersedia |
Detail Information
Judul Siri |
-
|
---|---|
No. Panggilan |
BP189.6 .M844 2021
|
Penerbit | Galeri Ilmu Sdn. Bhd. : Selangor., 2021 |
Penerangan Fizikal |
190 p
|
Bahasa |
Melayu
|
ISBN/ISSN |
978-983-097-351-7
|
Klasifikasi |
NONE
|
Content Type |
-
|
Media Type |
-
|
---|---|
Carrier Type |
-
|
Edisi |
-
|
Subjek |
-
|
Maklumat khusus |
-
|
Penyataan Tanggungjawab |
-
|
Other version/related
No other version available